Isnin, 11 Mac 2013

Story Dari Hati


kenapa perempuan begitu bodoh memberi pinjam duet mereka kepada lelaki yang dianggap boyfriend?


oke , you see the tittle ? haha . benda ny memang selalu terjadi kat semua pasangan couple . betoi tak? tak betoi? jangan nafikan . tipu dosa jawab dgn ALLAH S.W.T 


Persoalannya kenapa perempuan (termasuk aku) begitu bodoh memberi pinjam duet mereka kepada lelaki yang dianggap boyfriend? 

1. Sayang
Masa tuh tengah berkasih sayang. Lautan api sanggup di rintangi. So, bila BF kau nak pinjam duet kita sebagai GF mesti tak sampai hati. Sanggup keluarkan simpanan kita untuk dia. Kalau masa tu tak ada duet, sanggup pinjam merata-rata semata-mata untuk menolong kekasih hati

2. Tak sampai hati
Yang nie memang sifat perempuan. Kan perempuan zahirnya lemah, bila BF merayu nak pinjam duet kompom perempuan susah nak menolak. Yer lah orang yang kau sayang dalam kesusahan tak kan kau nak biarkan dia pulakkan? Masa tuh mesti kau cakap "tak apa abang guna la duet ayang dulu"

3. Mudah kena tipu
Ha tang nie bila perempuan dah terlalu taksub atau sayangkan BF dia. Apa yang BF dia cakap, apa yang BF dia mintak memang dia akan mengiyakan. Kalau BF kau cakap pinjam duet sebab nak buat makan bulan nie. Gaji tak cukup sebab bayar itu ini. Padahal BF kau pasang skandal 2-3 orang. Sebab kau baik hati dan percaya sangat BF kau, senang jer kau kena tipu

4. Yakin
Haaa yang nie semua perempuan akan rasa. Yerlah masa kau berkasih sayang mesti kau sangat yakin BF kau adalah cinta mati kau dunia dan akhirat. Kompom cinta sampai ke jinjang pelamin. So, bila kau berkeyakinan yang BF kau akan jadi suami kau satu hati nanti tak ada alasan untuk kau tidak memberi pinjam duet kepada kekasih hati. Sebab kau yakin satu hari nanti bila kau berkhawin, kekasih hati akan bayar jugak duet tu nanti

5. Ayat manis
Lelaki memang pandai bermain lidah, bermulut manis kalau diorang perlukan sesuatu dari perempuan. Pijak semut pon tak mati tau bak kata peribahasa. "Abang sayang Ayang", "Nanti ada duet abang bayar balik", "Ayang tak percayakan abang ke", ha itu adalah antara ayat yang sering digunakan lelaki untuk meminjam duet perempuan. Ayat biar power, senang sikit nak perdaya perempuan . 

SO , SEKARANG ADA OTAK PIKIAQ :)
bipsvirus vs tashasaad

Tiada ulasan:

Catat Ulasan