Isnin, 11 Mac 2013

Story Dari Hati


kenapa perempuan begitu bodoh memberi pinjam duet mereka kepada lelaki yang dianggap boyfriend?


oke , you see the tittle ? haha . benda ny memang selalu terjadi kat semua pasangan couple . betoi tak? tak betoi? jangan nafikan . tipu dosa jawab dgn ALLAH S.W.T 


Persoalannya kenapa perempuan (termasuk aku) begitu bodoh memberi pinjam duet mereka kepada lelaki yang dianggap boyfriend? 

1. Sayang
Masa tuh tengah berkasih sayang. Lautan api sanggup di rintangi. So, bila BF kau nak pinjam duet kita sebagai GF mesti tak sampai hati. Sanggup keluarkan simpanan kita untuk dia. Kalau masa tu tak ada duet, sanggup pinjam merata-rata semata-mata untuk menolong kekasih hati

2. Tak sampai hati
Yang nie memang sifat perempuan. Kan perempuan zahirnya lemah, bila BF merayu nak pinjam duet kompom perempuan susah nak menolak. Yer lah orang yang kau sayang dalam kesusahan tak kan kau nak biarkan dia pulakkan? Masa tuh mesti kau cakap "tak apa abang guna la duet ayang dulu"

3. Mudah kena tipu
Ha tang nie bila perempuan dah terlalu taksub atau sayangkan BF dia. Apa yang BF dia cakap, apa yang BF dia mintak memang dia akan mengiyakan. Kalau BF kau cakap pinjam duet sebab nak buat makan bulan nie. Gaji tak cukup sebab bayar itu ini. Padahal BF kau pasang skandal 2-3 orang. Sebab kau baik hati dan percaya sangat BF kau, senang jer kau kena tipu

4. Yakin
Haaa yang nie semua perempuan akan rasa. Yerlah masa kau berkasih sayang mesti kau sangat yakin BF kau adalah cinta mati kau dunia dan akhirat. Kompom cinta sampai ke jinjang pelamin. So, bila kau berkeyakinan yang BF kau akan jadi suami kau satu hati nanti tak ada alasan untuk kau tidak memberi pinjam duet kepada kekasih hati. Sebab kau yakin satu hari nanti bila kau berkhawin, kekasih hati akan bayar jugak duet tu nanti

5. Ayat manis
Lelaki memang pandai bermain lidah, bermulut manis kalau diorang perlukan sesuatu dari perempuan. Pijak semut pon tak mati tau bak kata peribahasa. "Abang sayang Ayang", "Nanti ada duet abang bayar balik", "Ayang tak percayakan abang ke", ha itu adalah antara ayat yang sering digunakan lelaki untuk meminjam duet perempuan. Ayat biar power, senang sikit nak perdaya perempuan . 

SO , SEKARANG ADA OTAK PIKIAQ :)
bipsvirus vs tashasaad

Tanda kekasih curang

Tanda kekasih curang
PERNAHKAH terfikir orang yang kita sayangi mula berubah hati? Jika sebelum ini dia kerap menghubungi bahkan sentiasa punya masa dan bersedia membantu, kini segalanya sudah berubah.
Ramai yang sering mengandaikan kekasih yang dicintai tidak akan berlaku curang. Namun, tahukah bahawa sudah lumrah alam manusia menyukai dan lebih tertarik kepada sesuatu yang lebih baik daripada yang sedia ada?
Lantas, insan paling rapat dengan diri pun tidak boleh dipercayai kesetiaannya 100 peratus. Kita mungkin mencintainya sepenuh hati tetapi adakah si dia juga begitu atau hanya berpura-pura?
Berikut keadaan yang mungkin boleh dijadikan panduan untuk mengesan si dia mula ‘memasang’ yang lain atau petanda awal mengesan kecurangan pasangan:



  • Asyik resah melihat jam tangan apabila bersama anda.

  • Lazimnya anda dan si dia menghabiskan waktu yang lama bersama. Tetapi sejak kebelakangan ini, si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam tangan seolah-olah ada hal lain yang lebih penting.Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya ‘ada masalah sedikit’.
    Jika situasi ini sering berlaku, anda patut berhati-hati kerana mungkin si dia berjumpa dengan kekasih lain dan anda hanya dijadikan ‘kekasih gelap’ atau sekadar di pinggiran.



  • Tiba-tiba saja mengadu sakit ketika bertemu janji dengan anda.

  • Asyik bertemu janji dan berseronok, tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada-ada saja sakitnya, sakit perut, pening, lenguh kaki atau rasa hendak demam serta pelbagai alasan sakit sedangkan sebelum ini anda melihat dia sihat dan tidak menunjukkan sebarang tanda untuk jatuh sakit.Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah, dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulang sendirian.Kemungkinan dia tidak sakit tetapi mencari alasan untuk melarikan diri daripada anda.



  • Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama.

  • Jika dulu, si dia ceria apabila anda mengajaknya keluar sama ada menonton wayang, makan atau sekadar bersiar-siar, tetapi kini dia sering menolak dengan 1,000 alasan.Jika si dia keluar pun setelah puas dipujuk dan dirayu. Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda.



  • Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
    Si dia berubah sikap daripada seorang penyayang menjadi pemarah. Kesilapan anda yang paling kecil pun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai.Walaupun anda cuba sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan, si dia tetap cuba mencari kesilapan anda. Paling teruk jika si dia sudah tidak segan-silu menengking atau memaki hamun anda disebabkan perkara kecil ataupun kesilapan yang tidak disengajakan.Jika situasi ini berlaku, lebih baik anda meninggalkannya kerana sudah jelas dia sudah tidak lagi menghargai anda sebagai kekasihnya.Mungkin si dia sedang mencari jalan untuk mewujudkan kebencian anda terhadapnya dan berharap anda akan meninggalkannya. Tidak guna merayu lagi kerana layanan buruknya hanya menyebabkan anda menderita.
  • Sudah tabiat pasangan bercinta, suka membelek-belek telefon bimbit pasangannya tetapi si dia tidak membenarkan anda memegang apatah lagi membelek telefonnya.

    Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda, sudah pasti dia membenarkan anda melihat kandungan memori telefon bimbitnya sama ada sistem pesanan ringkas, nama pemanggil mahupun simpanan nombor telefonnya.Dia tidak akan berasa takut atau bimbang kerana kejujurannya pada anda. Namun, sekiranya dia berkeras tidak mahu anda membelek telefon bimbitnya, anda patut berasa curiga.Pada awal percintaan, si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari. Sentiasa mengambil berat dan menelefon walau untuk bertanya sudah makan atau belum.Jika suatu hari tidak mendengar suara anda, pasti si dia resah. Tetapi sekarang dia tidak lagi rajin menelefon dan ada kalanya tidak menelefon anda langsung.Anda pula yang terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak! Apabila ditanya ada saja alasannya dan paling popular ialah sibuk.
  • Tidak lagi rajin menelefon anda

  • Situasi ini menunjukkan dia tidak lagi berminat dengan anda dan mungkin hanya akan kembali menelefon anda apabila ada kepentingan lain.

    bipsvirus vs tashasaad

    Karakter Kristus - Sifat Positif vs Sifat Negatif


    1. Kejujuran (Truthfulness) vs Penipuan (Deception)
    2. Ketaatan (Obedience) vs Keras Hati/ Kaku (Willfulness)
    3. Tulus (Sincerity) vs Munafik (Hypocrisy)
    4. Saleh (Virtue) vs Najis (Impurity)
    5. Berani (Boldness) vs Ketakutan (Fearfulness)
    6. Pengampunan (Forgiveness) vs Penolakan (Rejection)
    7. Mempengaruhi (Persuasiveness) vs Debat (Contentiousness)
    8. Kewaspadaan (Alertness) vs Acuh tak acuh (Unawareness)
    9. Keramahtamahan (Hospitality) vs Penyendiri/kesepian (Loneliness)
    10. Kemurahan hati (Generosity) vs Kikir (Stinginess)
    11. Sukacita (Joyfulness) vs Mengasihi diri sendiri (Self-pity)
    12. Penyesuaian diri sendiri (Flexibility) vs Keras adat (Resistance)
    13. Kesediaan (Avaibility) vs Egois (Self-centeredness)
    14. Ulet/ tabah (Endurance) vs Putus asa (Giving up)
    15. Penguasaan diri (Self control) vs Sesuka hati/ikut-ikutan (Self indulgence)
    16. Sikap hormat/menghargai (Reverence) vs Meremehkan (Disrespect)
    17. Rajin (Dilligent) vs Malas (Slothfulness)
    18. Cermat (Thoroughness) vs Ceroboh/ lalai (Incompleteness)
    19. Dapat dipercaya/handal (Dependability) vs Mangkir/ tidak konsisten (Inconsistency)
    20. Rasa aman (Security) vs Cemas/ kuatir (Anxiety)
    21. Sabar (Patience) vs Kegelisahan/ terburu-buru (Restlesness)
    22. Hikmat (Wisdom) vs Pikiran dunia (Natural inclination)
    23. Ketajaman mengamati (Discerment) vs Menghakimi (Judgement)
    24. Iman (Faith) vs Curiga (Presumption)
    25. Penuh pertimbangan/Bijaksana (Discretion) vs Tanpa pertimbangan/ konyol/ naif (Simple mindedness)
    26. Murah hati (Benevolence) vs Egois (Selfishness)
    27. Kreatif (Creativity) vs Tidak kreatif/ penikmat (under-achievement)
    28. Antusias (Enthusiasm) vs Apatis (Apathy)
    29. Bisa mendayagunakan/ penggagas (Resourcefullness) vs Membuang dengan percuma/ penghambat (Wastefulness)
    30. Hemat (Thiftiness) vs Boros/berlebihan (Extravagance)
    31. Kepuasan (Contentment) vs Tamak/serakah (Covetousness)
    32. Tepat waktu (Punctuality) vs Sering terlambat (Tardiness)
    33. Tenggang rasa/Toleransi (Tolerance) vs Prasangka buruk (Prejudicess)
    34. Penuh pertimbangan/ hati hati (Cautiousness) vs Ceroboh (Rashness)
    35. Tahu berterima kasih (Gratefulness) vs Tidak tahu Berterima kasih (Unthankfulness)
    36. Teratur/tertib (Oderliness) vs Berantakan (Disorganization)
    37. Inisiatif (Initiative) vs Tidak tanggap (Unresponsiveness)
    38. Tanggung jawab (Responsibility) vs Lalai/ tidak dapat diandalkan (Unreliability)
    39. Rendah hati (Humility) vs Sombong (Pride)
    40. Tegas (Decisiveness) vs Ragu-ragu/ plin plan (Doublemindedness)
    41. Keteguhan hati/ gigih (Determination) vs Patah semangat (Faint heartedness)
    42. Setia (Loyalty) vs Tidaksetia (Unfaithfulness)
    43. Penuh perhatian (Attentiveness) vs Mengabaikan (Unconcern)
    44. Kepekaan terhadap perasaan (Sensitivity) vs Tak berperasaan (Callousness)
    45. Keadilan (Justice) vs Curang (Fairless)
    46. Belas kasihan/ kepedulian (Compassion) vs Acuh (Indifference)
    47. Lembut (Gentleness) vs Kasar (Harshness)
    48. Kesopanan/rasa hormat (Deference) vs Kasar (Rudeness)
    49. Kepatuhan (Meekness) vs Geram (Anger)
    bipsvirus vs tashasaad

    KEJUJURAN VS PENIPUAN


    Kejujuran vs Penipuan :)



    Penipuan kadang-kadang buat kita lupa kebenaran, bila kita sedar yang kebenaran ini sebenarnya lebih baik dari terus menipu. Kadang-kadang kita menipu sebab nak selamatkan diri kita tapi tak sedar penipuan akan mengorbankan orang lain.

    ok larh.. assalamualaikum...
    p/s: semoga esok lebh baik daripada hari ini..Always S.M.I.L.E :)

    bipsvirus vs tashasaad

    Realiti In Relationship Yang Putus Dengan Mudah.



    Menulis pasal relationship ni memang tak semudah yang disangka. Ini topik MAHAbesar buat sesetengah manusia yang baru mengenal cinta. Ini topik yang cukup universal. Banyak takrifan. Banyak definisi. Itu terpulang kepada siapa yang menulis atau memberikan pandangan. This is always an open topic. Relationship. Today, I will only write some portions of this MAHAbesar topic. Just a small portion from this.

    Disclaimer : Penggunaan kata 'maha' kat sini cuma simbolisma penggunaan bahasa hyperbola. Kata penegas. Jangan sempitkan otak nak kata post aku ni hina Tuhan pulak sebab gunakan kata 'maha' ni pada relationship. Heh.

    Takrifan apa pun yang ada ada tentang relationship, sila persetankan tu dulu. Ini cuma pemerhatian dan pengalaman serta pandangan aku terhadap satu sebab kenapa relationship mudah terjalin dan mudah putus macamtu je. 'Cinta' yang mudah ditanam, dibaja dan disemai, mudah diracun-rumpai dan mudah juga melakukan penanaman semula di kebun 'perasaan'. Oh mudahnya 'cinta'. Setakat macam 'berkebun' mengisi masa lapang ye? ;P

    Ada manusia jenis begini. Relationship baginya macam sampul gula-gula. Bila belum terasa nak merasa kemanisan gula-gula, sampulnya cukup berharga. Buat pelindung. Buat penghindar semut dan lalat. Buat penjaga kemanisan gula-gula. Bila terasa nak makan gula-gula, sampul dibuka, ditenung sebentar. Diamati jika ada sisa manis gula-gula. Kemudian dijilat dan dibersihkan. Bila hilang manis, bila gula-gula habis, di ceruk longkang mana pula sampul yang konon berharga tadi dibuang? Waktu sampul dibuang pun, mata tidak sudi melihat. Dibuang, terus berlalu pergi tanpa sedikitpun riak wajah rasa bersalah sebab buang sampah merata-rata.

    Cinta dan relationship bagi anda macamana? Semudah berkebun bunga? Segampang membuang sampah merata-rata? Cinta apa? Cinta yang layaknya diletak di bunga tapak selipar jepun?

    Sedang kemaruk cinta, memang kelabu anak mata. Memang pekak telinga. Hati asyik guna lensa autofocus pada si dia seorang. Muka dia bangun tidur pun, ah cutenya! Muka selenger lepas gali tahi-tinja-shit hidung pun, alololo comelnya!. Bila dah bosan? Muka bangun pagi, eeeii selekehnya! Muka korek hidung yang dulu comel dah tinggal TAHI.

    Waktu eager merasakan cuma dia seorang. Waktu eksaited kata dia lah The One. Waktu jakun sangat meyakini diri dah bersedia menyunting merembat hati si dia. Waktu ni semua akan dirasakan indah. Semuanya akan dipandang yang molek-molek sahaja. Waktu kemaruk cintaberuk monyet kata orang.

    Seringkali kita bila membuat keputusan to be in a relationship, kita tak menimbangtara keputusan di atas dacing 'kewarasan akal'. Yang diambil kira hanya 'kotak perasaan'. Yang mahu dituruti hanya 'kemahuan'. Soal 'keperluan', ah letak je kat tepi dulu. Keputusan yang dibuad agak terburu-buru. Kenapa? Kerana bimbang si dia dikebas orang. Bila dah sure si dia juga berperasaan yang sama, apa lagi nak tunggu? Hati kata, aku mahu. aku mahu aku mahu! Bukan aku perlu, aku perlu, aku perlu! Bila dah dapat. Baru aku puas, baru aku puas, baru aku puas!. Bila suatu hari baru terasa yang in relationship tu cuma sebab waktu tu eksaited sekadar nak memiliki je, bukan benar-benar memerlukan pun, baru lah mata hati dan akal yang waras nak kata, baru aku sedar, baru aku sedar, baru aku sedar? *Erkk apakah pesen kemelalutan ini?

    Ada sesetengah orang rasa cinta begitu indah waktu mula-mula je. Dah intermediate, mula rasa perasaan tu mendatar je. Climax dia jadi apa? Jumpa pintu 'keluar' lah. Exit door. Sebelum memulas tombol pintu, nak berpaling lambai tangan ucap selamat tinggal pun dah tak sudi.

    Bila nak in relationship, fikirlah guna akal yang waras. Soal hati jangan diketepikan. Tapi jangan diutamakan. Utamakan akal yang duduk paling atas. Lepastu baru consider hati. Kotak perasaan ni kalau semua perkara nak letak kat atas kepala, takut tak stabil, kotak tu jatuh tersembam ke tanah. Rosak pula kotak tu nanti mula lah jari hantu tu dah gatal sangat rasa nak tuding salah kat orang lain. Ehheh.

    Pertama sekali, tanya pada diri sendiri. Si dia benar-benar didamba? Bukan sekadar dimahukan, tapi nanti tak dipedulikan. Jika akal kata benar-benar mahu, dan dia memang perlu kerana anda yakin apa yang dirasakan itu cinta, maka keputusan di tangan anda. Mungkin aku ni kolot, tapi aku rasa in relationship tu benda serius. Sacred. Takboleh buad main. Sebab tu kena fikir betul-betul, ye? Sebab tu aku single lagi ni. Bhahaha tak masuk topik langsung. Buadlah keputusan yang terbaik untuk diri sendiri. Yang terbaik buad masa sekarang dan akan datang. Ingat lah, bila mahu, mestilah kena perlu. Benda kemahuan ni semua kengkadang nafsu je lebih. So bila mahu tu, mahu lah pada sesuatu yang jadi perlu.

    Tu je lah setakat ni. 

    bipsvirus vs tashasaad

    A Ways to . . . .


    A Ways to . . . .





    Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak membalas pesanan ringkas yang di beri.
    Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak menjawab panggilan yang bertubi tubi.
    Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak meluangkan barang seminit dua untuk bertanya keadaan diri.
    Kau akan berkata kau sunyi bilamana kekasih kau tidak memberi sebarang reaksi bila kau berkata kau sakit gigi.

    Kawan, sahabat, friend, teman. Kau tidak sunyi. Tidak. Langsung tidak.
    Cuba kau buka mata. Keluar daripada hitamnya jiwa. Kau lihat sekeliling. Masih ada hidupan bernyawa?
    Daripada situ kau sudah dapat satu jawapan bahawa kau tidak sunyi. Masih ada yang menemani.

    Aku tahu. Keluarga, sahabat apalagi musuh tidak sama penangannya berbanding kekasih. Kekasih kau boleh cari. Siap boleh tuding  dengan jari kekasih yang bagaimana yang kau mahu cari. Tapi kau boleh cari keluarga cari teman dengan cara bagaimana kau mahu cari kekasih tadi? Aku tahu. Aku tahu. Memang kedengaran cliche. Tapi itu yang kau kena tanam dalam benak fikiran kau yang dah sebati dengan diri kekasih yang buat kau di gantung tidak bertali. Malah ada yang bodoh tuli bebal babi buang teman buang keluarga demi kekasih. Itu keji. Kalau kau kata kau boleh dapat teman dapat keluarga dengan cara kau dapatkan kekasih. Satu saja jawapan yang akan aku beri. FAKYEWWWW!

    Ok lets make it clear girls. Pada aku as a lelaki, jika perhatian yang dahulunya diberikan kepada kau sangatlah almost 24/7 but lately sehari pun kadang kadang dia tak cari kau, boleh jadi dia sudah bosan. Ya. Bosan dengan hubungan kalian. Bosan weh kalau setahun, dua tahun gaya hubungan korang sama je. Mendatar. Muak. Macam kau makan kuih ketayap tawar sambil tenung gambar Dr Rozmey.

    Cuba kau as a girls, ubah sikit gaya hubungan. Kalau boyfie kau minat MU, belikan dia jersey even dia dah ada. Tak payah nak yang ori sangatlah, Padang Besar sudah. Kau cari latest latest info tentang team bola yang dia minat. Kalau team dia menang, send la satu mesej congrate kat dia. Kalau team dia kalah jangan pulak kau dok menganjing. Mau kau kena penerajang sulung kang. Lelaki kalau fanatik bola lain sikit buasnya. kehkehkeh. Nak lagi true kau ajak dia tengok live match sama sama dekat mamak. Its sooooooo romantik u know.

    Cara lain yang girls boleh buat, ubah cara pengggilan dekat boyfie korang tu. Daripada pesen beby-abang, papa-mama, ayah-ibu, errrr ok geli. Korang tukar la kepada panggilan yang ada sense of humor siket. Tak kan memanjang nak gedik gedik manja. Bored. Nak lagi sedap, panggil ke boyfie tu lu-gua. But selitkan la unsur humor. Jangan dok keras sangat serius panggil lu-gua. Pada aku, lagi happening relationship tu. Rasa macam layan kawan. Kau nak bergurau dekat tempat awam pun takde sape yang dok kisah kalau kau guna panggilan macam tu berbanding yang berbaby-baby dekat public.

    Nak lagi bagus, kau tanya dekat boyfie tu apa yang dia nak untuk jadikan hubungan korang jadi menarik. Mana tahu girls yang tak bertudung, boyfie nak korang berubah kepada bertudung. Bagus apa. Even pada mulanya bertudung atas sebab 'boyfie suka', insyAllah nanti lama lama kau akan sedar kau bertudung kerana Allah. But if kau tanya apa yang boyfie nak untuk buat hubungan jadi menarik, boyfie kau just melembabkan diri, tunggu apa lagi. Just move on. Tak nampak sangat kau kurang side of attraction bila kena dump nanti. kahkahkah.

    P/S : Ada yang kata blog ni dah macam Terfaktab sebab asyik up entri cinta. Lantaklah. kahkahkah. 

    bipsvirus vs tashasaad

    Kau cemburu?


    Hei perempuan jelly  tak tentu pasal. Kau kan satu hari tak jelly memang tak sahh. Ada je benda yang nak dicemburukan. Pantang betei tengok orang lebih sikit mula ah hormon cemburu mencanak naik. Kalau tak dapat apa yang orang lain ada mulalah nak buruk-burukkan dia, tak nak kawanlah apalah.


     
     Penyakit cemburu ni sentiasa mencari peluang untuk memnuhi sanubari.



    Kenapa perempuan suka cemburu? Mungkin sebab nafsunya yang sembilan itu tidak dapat dipenuhi dalam beberapa segi, lalu pabila orang lain dapat memenuhi keperluan itu maka perasaan yang kagum bertukar cemburu?
    Dalam kau duk jeles tak tentu pasal dengan kebahagiaan and kegembiraan orang lain tu, duk cakap "Untunglaaa", " Untunglaaakaann ada orang sayang" kau sedar tak yang kau pun ada orang yang cemburu.?

    "Ehhhh! Ada orang cemburu dengan aku? Kenapa dooe?" - Plain Jane

    Sebab kalau tengok di sekeliling kau, with happy family, loyal friends, gred cemerlang, body mantap, atlit sukan, baik peribadi and perhaps so called faithfully boyfie *bajet mana mungkin tiada yang cemburu. Every human being sekurang-kurang mungkin ada rasa cemburu kat orang lain. Sikit pun mesti ad. Sebab dia takde apa yang kita ada or dia juga masih belum cukup menghargai apa yang dia ada. Cemburu pun ada dua. A bad way or a good ones. Thus, yang bad tu minta jauhlakan. Yang good nie mungkin like ;

    "Ohh, jeles giler tengok dia sambut birthday dengan kawan-kawan dia. Baik betei kawan dia buat surprise party untuk dia. Hurmm, aku pun nak suruh coursemate sambut birthday aku lah, kalau dorang takde bajet, aku sanggup sponsor semua so that dorang celebrate birthday aku."

    Now you see? Yang baik nie not that baik la, means dia nak upgrade lebih sikit dari apa yang dia jeleskan tu dia anggap apa yang orang lain ada, yang lebih better dari dia tu as a bench mark untuk dia dapatkan something yang lebih baik. Yang bad pulak macam nie,

    " Heh, dia ingat dia ada beg LV ori, dia hebat.? Jagalah kau perempuan, takat LV tu celah gigi aku je!"Esoknya LV si cantik tidak dapat ditemui. Manakala the beast tetibe ada beg yang sama dibeli dari US oleh ibunya.

    Looks nie bukan takat jeles siap nak rosakkan kebahagiaan orang lain lagi. Busuk hati betul kan?But then people, perempuan kalau dah cemburu sangat MENAKUTKAN. Siap ada quote lagi, maybe sounds like this ;

    People that can do a better research than FBI;  Jealous Woman.

    LOL That's why lah kot perempuan memang stalker terhebaddd! FB post yang lama-lama pun dorang tahu doe. Isk isk banyak betei masa stalk kalau belajar memasak menjahit kan bagus? Kompen dah siap sepasang dua baju melayu. Tapi kan sebenarnyaaaa, orang yang cemburu nie selalu rasa insecure. Rasa dia not good enough untuk other people. Dia rasa diri dia well just plain Jane. Like me. Yeah. Ada juga orang rasa insecure sebab dia tak ada semua benda tu. Dia tak ada shape yang menarik, kulit gelap, tak ada baju ropol segala tak mampu nak beli segala baju vintage yang ada.

     kan? selalunya orang yang cemburu nie hidup dia menyedihkan. 

    By the way babe, the best way to stop this jealousy is too stop comparing yourself with other. Cuba kau listkan benda yang orang  lain ada and apa yang kau ada. EH. itu pun compare right? -______-' kau tengok apa yang kau ada. Bersyukur. Easier type than done but try. Apa yang penting kau ada positive thinker around you to bluntly said yang

    "You tahu tak yang you special sebab you have me. Orang lain mana dapat I tapi you senang-senang je dapat, dahlah I nie hot stuff, tomei lagi, org pai beratur tau nak duduk sebelah I kalau I pegi kerja." 

    Tapi dah namanya manusia, mana nak sedar kekurangan orang lain except bab mengumpat ke apa right.? Kemain duk sokseksoksek dia pakai mini skirt weyh, perempuan tu kan dia single sebab dia takde rupa. Tskkkkkk. Semua diberi kesedaran 5saat kalau tengok orang lain guna Samsung Galaxy Notes, dia pakai BB je untuil dia ternampak orang yang guna Nokia 3310 je. Masa tu baru nak rasa bersyukur then after a blink in the eye semua tu hilang. Jealous balik.

    upgrading your self-esteem should be oke. kau terbaik sayang. remember that.

    Mungkin jauh di sana ada orang yang sedang cemburu sama kamu,
    kerana begitu disayangi oleh dia.
    Walaupun kamu seringkali menyakiti hati tetapi si dia masih lagi
    setia memegang janji yang sudah dimeterai.

    Mungkin jauh di sana, ada sesiapa yang merasa bertuahnya kamu,
    bila namamu sering terukir di bibir mulus itu tiap detik dan waktu,
    diingati dalam setiap doanya,
    agar Ilahi memberi peluang untuk kamu sentiasa bersama dia.

    Apa pun people, bless Allah for all you have right now,
    a dysfunctional family, a laptop to read this entry, room to sleep in and virtual friends to comfort you when your real friend is so busy with their works.

    bipsvirus vs tashasaad

    PERSOALAN UNTUK LELAKI YANG KAMI SAYANGI


    Hai perempuan-perempuan yang gagah perkasa sekalian.



    Lama aku tak meraban kat sini. Rindu nyeeeeeeeeeee. Kikiki. *Gelak aku sekarang makin manja tahu. Banyak sudah info yang kamu semua dapatkan kat sini? Aku pun tengah kumpul duit nak beli lingerie, bra, panties, tampon bla.. bla.. bla.. Haih, susah rupanya jadi perempuan nikan?


    Tapi pelikkan? Kenapalah lelaki jarang sangat nak menghargai perempuan yang hidupnya penuh dengan 1001 kesusahan untuk memberi yang terbaik buat lelaki?

    Cinta sekarang bukan lagi dari hati dan bertatu sampai mati. Cinta kini hanya bernafsu tubuh badan yang thin w/assets, handal bergaya, dan handal melayan nafsu serakah suami di ranjang. Buktinya? Dulu perempuan itulah yang kau puja-puja, yang kau goda untuk dijadikan permaisuri di teratak cinta. Tapi bila perempuan itu badan mula menggelebeh, tetek mula melondeh kerana melahirkan zuriat yang kau hendakkan, kau berpaling darinya dan mencari vagina lain yang masih ranum. Alasan kau, tekanan di tempat kerja, isteri yang tak pandai berhias untuk suami, sunah nabi.

    Tapi pernah kau fikir penghambaan seorang isteri kepada kau? Mengorbankan segala kebahagiaan seorang perempuan hanya untuk menuruti segala arahan kau? Kenapa perlu di cari kelemahan sedangkan betapa banyak pengorbanan yang dicurahkan. Apakah itu yang dinamakan cinta?

    Kau lelaki. Terlalu banyak mengorek sedalam-dalamnya kesalahan seorang wanita. Adakah kerana kau lelaki, diri itu sudah terlalu maksum? Tiada secalit dosa yang mengotori? Terpampang di blog-blog para ustaz instant sekarang ini dengan 1001 penghinaan dan makian terhadap perempuan. Heh. Kau bilang pada kami cepat melenting bila ditegur tapi kau pun lupa yang kau turut tercuit bila kami menegur kembali cara peneguran kalian. Sebagai lelaki, imam kami. Kau seharusnya mempunyai pekerti yang lebih baik dari kami kerana kaulah yang bakal mendidik kami dan anak-anak kita nanti. Tapi kalau kau kini sewenang-wenangnya mencarut, memaki dengan kesilapan kami, layakkah kau menjadi seorang suami?

    Ya, mungkin pada kamu semua, kami yang membenarkan maruah kami dihenyak oleh kamu semua. Tapi bukankah sebaik-baik lelaki adalah lelaki yang menghulurkan tangan untuk membersihkan kotoran kami ini? Kami perempuan sebenarnya terleka. Terleka dalam mengejar kebahagiaan dunia. Tapi kau tahu untuk siapa kami kejarkan? Untuk kamu semua wahai lelaki. Kami mengejar yang terbaik untuk dipersembahkan kepada kau. Kalau tidak, pasti kami akan dicurangi.

    Lelaki, kenapa kau sering mempertikaikan kesucian seorang perempuan? Adakah kau terlalu suci dari dosa dan noda sehingga kau pandang jijik pada perempuan yang hilang kesuciannya. Sebelum kau letakkan segala kesalahan di atas bahu kami ini, ada kau fikir siapa yang merayu menggoda para perempuan ini untuk menyerahkan kesuciannya? Kau pasti tahu bukan, perempuan makhluk Tuhan yang lemah. Perempuan tidak tahan pujukan. Kalau kamu semua lelaki yang baik, tidak akan terlintas sedikit pun difikiran kau untuk meragut kesucian kami, perempuan.

    Tapi kau harus ingat sesuatu sayang, perempuan yang baik hanya untuk lelaki yang baik. Begitulah sebaliknya. Jika kau pernah merosakkan satu perempuan, Jangan kau bermimipi mahukan perempuan sesuci bidadari syurga. Ini bukan karma. Ini ketetapan oleh Tuhan.

    Jadi, silalah jawab persoalan ini sayangku. 

    bipsvirus vs tashasaad

    Perempuan Keras Kepala vs Lelaki Ego. Macamana Nak Handle?


    Perempuan Keras Kepala vs Lelaki Ego. Macamana Nak Handle?


    In relationship with dengan orang yang kau sayang mungkin takkan jadi satu hal besar kalau setakat perangai dia agak jengkel dan ego agak tinggi. Asal dah sayang, semua jadiii. Tapi orang kata kesabaran pun ada batasnya. Sebab tu ada waktu relationship kau tak tahan lama. Bukan tak sayang. Tapi mungkin tak berapa nak sabar. Tu je.

    Pandangan aku kalau si perempuan jenis keras kepala, si lelaki pulak jenis ego. Kuat merajuk pulak tu; samaa je pandangan aku. Ground rules aku dalam hal hal relationship ni tetap sama; ketahanan sesuatu hubungan bukan disebabkan kesetiaan semata-mata. Kesetiaan sendiri tak menjamin hubungan tu berkekalan kalau sampai satu masa perasaan tu mati. Bagi aku, kalau kau nak long lasting relationship, perasaan sayang tu kena bersederhana. Jangan sayang sangat. Jangan jakun sangat. Jangan terlebih adrenalin nak eksaited eksaited sangat lah. Bila sayang bersederhana, kita tak lupa diri sangat. Bercinta pun takde lah rasa terapung apung sangat di awangan eh orang kata? Haa macamtuu. Bila kau terlampau sayang, bila dia buad salah, hati senang terluka susah nak terima. Bila silap sikit, luka dia lebih. Cuba sayang sederhana je, insyaAllah kalau dia buad salah pun, hati kita tak susah mana nak maafkan.

    Aku nak kata jangan in relationship je la lagi senang; pun tak boleh juga. Sebab ada manusia yang in relationship. Ada manusia yang selesa single macam aku. Ehheheh. Untuk yang in relationship, first and foremost, sila moderate kan dulu perasaan kau pada si dia, baru semua masalah akan nampak lebih mudah nak selesai. Banyak benda dalam relationship ni melibatkan sisi emosi dan perasaan mengatasi akal. Agak merbahaya kalau emosi dan perasaan terlebih atau tak berapa nak stabil. Natijahnya, susah nak handle relationship.

    Si perempuan keras kepala, si lelaki pulak ego. So macamana nak elak selalu bergaduh bertengkar berbaling pinggan?


    Benda paling basic yang sebabkan pergaduhan bagi jenis pasangan macamni biasanya kurang toleransi dan diplomasi. Dah dua dua taknak kalah, so how la kan salah faham nak selesai? Orang ego, macam aku. Jadi aku faham macamana susahnya nak rendahkan alter ego yang memang tinggi tu. Lagi laaaah kalau yang ego tu lelaki. Kau tahu lah macamana lelaki punya ego kan? Diorang kalau dah ego, memang susah lah nak turunkan sikit ego tu. Tapi jangan melenting dulu. Lelaki ni ada satu sifat unik. Diorang mungkin keras, tapi bila seseorang perempuan berjaya curi hati dia, automatik sebenarnya dia jadi lebih bertolak ansur dan bertimbang rasa. Ni aku tengah bercakap pasal lelaki yang betul betul saaaaaayaaaang jatuh cinta dengan perempuan. Bukan yang kerja tukar perempuan macam tukar pakaian. I am talking about the truu lurveee. Yeck. ;P

    Sifat normal perempuan, tak kira dia keras kepala mengalahkan bata atau konkrit simen, dia lembut hati. Lagi lagi bila benda melibatkan orang yang dia sayang. Keras kepala macamana pun, alahh keras kulit buah tembikai je. Luar keras, dalam penuh air. Cucuk guna jari sikit dah boleh tenggelam isi dia. Hihi. Apa apa je lah perumpamaan aku nak letak eh? Ni pun aku menulis tentang sifat umum perempuan. Aku tak kata semua perempuan keras kepala tu lembut hati. Ada yang keras luar dan dalam. Macam batu. Tapi yang ni mungkin yang feelingless lah. Aku boleh bet perempuan keras macamana pun, bila dia berperasaan, dia akan meliuk lentuk bila kena keadaan dan situasinya. Kuasa cinta kau jangan pandang rendah. Anugerah Tuhan yang indah macamtu, kau taktahuuuu apa dia boleh buad dalam hidup kau, kau tahu? Euwww jiwang.

    Cara nak elak selalu bergaduh, aku rasa kalau tanya orang lain pun jawapan dia lebih kurang.Mesti ada tolak ansur. Tu la paling penting. Kepercayaan atau si trust tu penting juga. Tapi takguna trust sana trust sini tapi takde toleransi. So dua dua kena ada. Perempuan keras kepala? Lelaki ego? Jangan panik sangat lah. Kalau dua dua berperasaan sayang tu ada, insyaAllah toleransi tu ada. Dia hadir sendiri bila korang ada perasaan sayang tu. Sayang yang genuine okay. Bukan sayang hari ni, esok dah tak sayang lagi. Kamon lah. Takkan bila umur dah masuk 2puluh-an pun still nak tukarganti lagi? Aku expect a serious relationship tips2 yang aku tulis ni. Yang nak sukasuki je, tak sesuai baca benda ni aku rasa. Hidup kena racist sikit takpe kalau untuk kebaikan. Haha.


    Lagi satu, kalau setakat benda kecik kecik tu, alah pandang ringan je sudah lah. Yang perempuan, aku tahu perempuan jenis ambil berat segala benda, kalau boleh yang paling kecik pun nak pandang besar besar. Tapi kita tak boleh nak expect lelaki perasan setiap satu benda yang kita nak diorang perasan. Err maksudnya lelaki tak pandang hal hal remeh temeh sangat macam perempuan pandang. Jadi kita pun kena faham sifat diorang dulu. Takboleh emo taktentu pasal je, tahu? Mungkin ada sesetengah perkara, diorang bukan sengaja nak tak perasan atau ambil ringan. Cuma mungkin benda tu bagi diorang benda remeh. Jadi sebelum kau nak emo tiba tiba amcam ada tendency nak menyalakan api pergaduhan tu, check dulu kau wajar tak wajar nak melenting tu. Nak melenting bila rasa perlu je. Agak-agak boleh tahan lagi tu, takpayah lah nak buad onar sangat. Ehhe.

    Untuk yang lelaki ego ni. Kau agak agak lah kan nak ego ego sangat bukan kau dapat apa pun? Takkan dengan awek sendiri pun kau nak letak tinggi tinggi sangat tingkat ego kau tu. Rendah rendah kan lah sikit. Consider sikit. Jangan nak berharap sangat perempuan je kena faham kau. Kau pun kena faham sifat dia juga. Nak sangat in relationship, kan? Jadi kau kena tahu daripada awal lah apa tanggungjwab yang kau kena ada. Aku salute ekceli dengan lelaki yang in relationship. Sebab tak semua lelaki berani pikul 'komitmen'. Sesetengah lelaki tak suka ada 'komitmen' sebab bagi diorang tu beban. Rasa terkongkong etc etc. Jadi kau kena sedar kau takboleh lah buad perangai perasan single pulakk. In relationship ni tanggungjawabnya lebih. Kalau sebelum ni kau takpayah nak jaga jaga hati sesiapa, sekarang kau dah ada hati yang nak dijaga. Hati perempuan pulak tu. Bukan senang. Sensitif kottttt. ;P


    In relationship kalau dipandang side positif dia, takde benda maksiat tu semua, sebenarnya ni lah satu jalan atau medium korang melatih skill nak berumah tangga. Kalau in relationship pun takboleh handle, jangan mimpi lah nak in marriage with. Haha. Poyo gila kot? :P

    Benda paling asas dia, faham satu sama lain. Bukan takat faham gitu gitu je, tau nama dia apa duduk kat mana anak siapa bangsa apa tu dah cukup. Tak. Sebab tu aku personally tak encourage sangat kalau kau baru kenal sehari dua terus jump into relationship. Sebulan dua lepas tu putus. WTFuuu. Sebab tu juga aku prefer kalau in relationship dengan orang yang kau kenal, kau rapat dan kau selesa ada chemistry tu penting. Tapi personally, kalau dah kenal dah rapat dah faham luar dan dalam tu, takperlu sangat lah nak in relationship. Kalau dah terbiasa kawan, kawan terus lah. Bagi sesetengah orang, mungkin lebih selesa begitu. Lepastu sampai masa, kahwin lah kalau ada jodoh. Moderation dalam perhubungan tu penting juga. Islam pun tak galak benda2 over sangat kan? :P

    Tu je lah.

    Hihi. 

    bipsvirus vs tashasaad

    Situasi Putus Cinta: Lelaki vs Perempuan.


    Situasi Putus Cinta: Lelaki vs Perempuan.


    Situation 1: Guys.

    "Hey dude! What's with that gloom face?"


    "Girl aku. Kitorang dah clash. Dia kata hubungan ni takkan kemana."


    "Chill sudehh. Dah jom siap! Match nak start dah ni. Jangan lupa sarung jersey merah tu. Tak feel la tengok bola takde jersey favourite team."


    *Mood regained.


    "Yelaa. Daripada kau stuck kat sini tak buad apa fikir girl kau yang dah jadi ex. Lagi baik kau lepak dengan kitorang."


    "Ye la bro. Betul gak cakap kau. Lagipun benda dah jadi. Aku cuma harap dia bahagia je lah lepasni. Dah jom lah siap."

    Tengok situasi di atas, aku rasa yang baca boleh dapat gambaran. Situasi 1, perempuan yang memutuskan hubungan. Dan lelaki tu bersedih dengan perpisahan tu. Tapi tak ambil masa yang lama untuk kembalikan mood. Satu dua ayat pujukan kawan dia bagi, dia dah boleh back to normal dan lakukan aktiviti seperti biasa dengan kawan-kawan.

    To girls I would like to refer this.

    Kita selalunya mudah menyalahkan dan meragui sang lelaki. Kenapa? Kerana lumrahnya, apabila hubungan kita berakhir, sebenarnya kita akan bersikap lebih paranoid dari biasa. Sehari lepas kata putus hubungan dibuad, ternampak dia lepak dengan kawan-kawan kat kopitiam favourite tempat dia selalu hang out. Dia ketawa. Bergurau senda. Makan pun berselera. Sedangkan kita tadi nak keluar rumah pun rasa tak bermaya nak melangkah. Tak ada mood nak bersiap memalit gincu secalit dua. Tup tup nampak dia, "waahh kemain seronok lagi kau lepas dah clash ya? Dulu bukan main janji bergunung-ganang. Tengok tengok kau macam happy je sekarang?"


    True. Perempuan selalu curiga dan akan memerhatikan tingkah laku si lelaki yang baru bergelar ex-boyfriend. Ini reflex yang normal namanya. Tak kira lah hubungan putus disebabkan siapa. Tapi yang perempuan, once their relationship ended, ada tendency untuk permulaan waktu tu dia akan ambil berat akan reaksi ex-guy selepas clash. Masih sayang lagi atau tak. Itu bukan persoalan utama. Yang ingin dinilai di mata si perempuan; apa reaksi si dia bila dah putus.

    "Adakah dia turut bersedih seperti aku?"
    "Basahkah mandinya? Berselerakah makannya? Lenakah tidurnya?" bla bla bla and so on and so forth.

    Tak kira tahap apa paranoia yang perempuan ada lepas relationship ended, what can I say is, guys, notice this. Perempuan ada paranoia dia sendiri once hubungan korang putus even though mungkin hubungan tu putus berpunca dari dia sendiri. Dan please be prepared. Anda akan menjadi bahan eksperimen mata ex-girl untuk suatu jangka masa.
    Dalam jangka masa tertentu selepas clash, whatever responds or reactions yang anda bagi akan dinilai ex-girl anda. Macam menakutkan pula bunyinya. Hihi.

    Ada sedikit nasihat buad yang perempuan. Yes, apa yang kita nampak, itu suatu impression. Bila kita nampak si dia macam senang hati, macam takde effect apa-apa lepas clash, padahal kita dah berbesen-besen air mata tumpah kerana dia; sila jangan assume dia tak peduli. Jangan assume dia penipu. Jangan nak emo kata dia tak bersedih atau terkesan dengan perpisahan korang. Siapa yang kata lelaki takkan menangis atau bersedih kerana perempuan yang dicintainya? Lebih-lebih lagi bila perhubungan dah berakhir. Siapa yang kata? Kita lah perempuan yang kata macamtu. Mungkin hakikatnya dia turut bersedih. Tapi dia tidak memperlihatkannya kerana tidak mahu dianggap lemah. Sometimes aku yang sebagai perempuan ini ada berfikir yang hati lelaki lebih kuat berbanding perempuan. Mereka berupaya menyembunyikan kesedihan. Dan masih mampu melakarkan senyuman dan melakukan aktiviti harian seperti biasa biarpun apa jua situasi yang berlaku di dalam hatinya.

    Situasi yang ini adalah situasi umum. Tidak dicemari elemen kecurangan, ketidaksetiaan atau ketidakjujuran.

    Stiuation 2: Girls.

    "Sayang, hey kenapa menangis peluk-peluk lutut ni? Gaduh dengan Shah lagi yea?"


    *Tersedu-sedan


    "This time he decided to end it. Dia clashkan aku, Biha! Dia dah tinggalkan aku! Wuwuwuwuwu"
    *Oke fine. Agak buruk menangis guna notation wuwuwu tu.


    "Zue, calm down, okay? Jangan lah macamni."
    "Biha, please leave me alone. Aku nak masa untuk bersendirian."


    "err okay Zue. Sabar okay? Ada apa-apa nanti call Biha yea. Take care."


    .....dan Zue pun mengunci pintu biliknya dan berhari-hari berkurung di dalam bilik dan menangis.  Mascara yang dah berjejeh kotor dibasahi air mata dah tak dipedulikan. Makan tak mahu. Mandi pun takmahu ke? Entah. Taktahu.

    Situasi girls version ni ada banyak situasi sebenarnya. Aku amek satu contoh je la daripada banyak-banyak tu. Ini cuma satu situasi eh. Bukan mewakili semua perempuan yang ada.

    Ada perempuan yang bila clash dia buad perangai macamni. Emo tahap memang dah takboleh nego lagi. Sedih dan muram. Berbungkam dalam bilik berhari-hari. Dan ada certain maximum paranoid-psycho cases, waktu jiwa tak stabil, dia call dan text bertubi-tubi dengan content herdikan, caci-maki dan ugutan kepada si ex-guy. Sampai satu tahap, ex-guy kena tukar nombor. Ada juga kes yang ex-girl serang ex-guy in public. Tapi tak pernah lagi aku witness kes yang ni. Ni kes perempuan psycho dah aku rasa.


    This one I refer to guys pula.

    Let's say kau dan si gadis A baru clash. Macam biasa, kau keluar rumah, pergi kedai cari barang. Tiba-tiba kau nampak dia. Kau pun tegur. Oke fine kalau tak tegur pun, kau senyum. Tak pasalpasal, "PAAANGGGGG!" Dia berlalu pergi dengan marah. Apa patut kau rasa?

    "Apehal takpasalpasal aku kena pelempang pulak? Aku just nak berbaik dengan dia je. Apekedehal la perempuan ni." getus hati kau yang agak bengang diperlakukan sedemikian. Bagi kau, macam takbersebab je si A nak naik angin bagi pelempang free kat kau. Kau rasa kau dah cuba usaha dah untuk jernihkan hubungan at least sebagai kawan walaupun korang dah takde hubungan apa-apa dah. Kau bagi susu, dibalas dengan tuba.

    Sebenarnya guys, situasi sebenarnya macamni.

    Memanglah niat kau nak kekalkan hubungan baik. Tapi tindakan menegur dia waktu-waktu baru clash adalah suatu langkah yang tak berapa nak bijak.

    "Takguna punya jantan. Kau baru clashkan aku lepastu kau boleh lagi buad-buad macam takde apa-apa yang dah berlaku ye? Amekaw penampar free aku dah bagi." ni pulak mungkin apa yang terdetik di hati si A lepas kau bertindak 'baik' menegur dia.


    Kau harus tahu. Waktu-waktu baru clash ni perempuan emosi dia belum stabil lagi. Mungkin dia boleh terima perpisahan korang. Tapi mentally dia takbersedia bertembung, beramah-mesra, berjabat tangan. bertegur-sapa atau apa-apa je yang bermaksud ada komunikasi berlaku antara korang. Kalau boleh diorang akan cuba untuk tak terjumpa atau tak terserempak langsung dengan korang kat mana-mana. You got to understands that. Mungkin kau cepat sesuaikan diri dengan situasi. Tapi dia mungkin akan ambil masa lebih lama dari kau. Itu normal.

    Putus cinta aku kira ramai dah merasa. Ada yang nak kongsi pengalaman putus cinta korang? Boleh leave comment kat bawah. Mungkin ada lagi yang jauh lebih menarik untuk dikongsikan? Guys. Aku butuh guys punya opinion apa. So guys, you are most welcomed untuk leave comment bagi pendapat kali ni. Yang girls pun, sila share if ada pengalaman ye. :P

    Till then, see you guys next time! 

    bipsvirus vs tashasaad

    Mengejar pelangi sendiri


    I'm fixing a hole where the rain gets in 
    And stops my mind from wandering 
    Where it will go 
    I'm filling the cracks that ran through the door 
    And kept my mind from wandering 
    Where it will go 
    And it really doesn't matter if I'm wrong I'm right 
    Where I belong I'm right Where I belong. 
    See the people standing there who disagree and never win
    And wonder why they don't get in my door.
    I'm painting the room in a colourful way 
    And when my mind is wandering 
    There I will go. 
    And it really doesn't matter if I'm wrong I'm right 
    Where I belong I'm right Where I belong. 
    Silly people run around they worry me 
    And never ask me why they don't get past my door. 
    I'm taking the time for a number of things 
    That weren't important yesterday 
    And I still go.
    I'm fixing a hole where the rain gets in 
    And stops my mind from wandering 
    Where it will go. 
    (The Beatles - Fixing a hole)



    Saya dah buat keputusan. Walaupun saya tahu ramai yang tak setuju, tak senang dan marah dengan keputusan saya ni. Oh..bukan 'ramai', tapi mungkin semua. Sepertinya keputusan saya ini keputusan yang paling teruk saya buat, tergesa-gesa, tidak befikir panjang, mengikut emosi. Tapi saya dah buat keputusan. Saya tahu saya memang degil, keras kepala dan keras hati..(ah..hairan dari mana saya mewarisi sifat itu?...jangan tanya saya) Mungkin mereka betul dan akhirnya saya dapati saya salah. Cuma buat masa ini, itulah yang saya rasa terbaik buat diri saya. Ya..saya 'rasa'..dan saya ikut apa yang rasa..walau akhirnya mungkin akan binasa..Cuma buat masa ini saya cuma mahu mereka faham dan beri saya ruang untuk pilih jalan bahagia saya. Dan ini..ini yang saya pilih..yang saya mahu..buat masa ini. Betul, ini masa depan saya yang saya pertaruhkan. Tapi...siapa yang benar-benar pasti tentang masa depan kan? Sedangkan kita mungkin cuma ada hari ini dan saat ini untuk bertindak...untuk apa yang kita rasa terbaik untuk diri kita...untuk memilih jalan bahagia kita. Ya mungkin...mungkin seluruh dunia akan menentang...tapi selagi tak melanggar hukum Tuhan..I will..I will..


    I might be so selfish...oh I know I do. And for that nothing else that I can say but..sorry :'(

    Optimistic



    Hope is just a ray of what everyone should see
    alone is the street where you found me
    scared of what's behind you
    and scared of what's in front
    live with what you have now
    and make the best of what's to come

    Bila orang tegur...kita kata

    Bila orang tegur...kita kata Lantaklah....peduli apa orang kata as long as I'm happy Tapi happy ke kita..bila apa yang kita buat tu sebenarnya salah...and sometimes bukan kita tak tahu..cuma kita terlalu ego untuk mengakui kesilapan sendiri. Happy ke kita? Eleh..nak tegur orang konon..diri sendiri pun tak betul Memanglah..tak de orang pun yang tak pernah buat silap kat dunia ni. Sebab tu kita kena saling tegur menegur. Kalau nak tunggu orang yang 'sempurna' baru boleh bagi nasihat..rasanya takde orang pun yang berhak. Aku tahulah apa yang aku buat...takyah sibuk boleh tak? Betul ke kita tahu? Kalau kita tahu kenapa kita masih tak nak berubah? Bila orang tegur kita kata orang busy body...padahal orang tu punyalah prihatin dengan kita, sayangkan kita..sebab tu dia ambil peduli pasal kita. Oh..dan kalau betul pun orang tu busy body..take it postive ..maybe itu cara Tuhan nak 'tegur' kita...sebab DIA peduli pasal kita. Mak ayah aku pun tak kisah...ko apehal? So kalau mak ayah tak kisah, jadi kita boleh buat saja yang kita suka? Takyah kira dosa pahala? Macam tu ke? Ala rileks la...muda lagi kot... Kerana mati itu pasti..itu yang kita kena ingat. Muda..tua...sampai saat kita semua akan dijemput Tuhan. Bersiap sedialah dari sekarang... Bukan aku tak nak berubah..tapi tak sampai seru lagi Seru apa yang sebenarnya kamu tunggu? Macam mana kalau seru tu tak datang-datang sampai ke mati? Serulah diri sendiri...kadang-kadang kita kena paksa diri walaupun payah. Nak berubah memang tak mudah..Itupun kalau kita sayangkan diri. Aku tak nak jadi hipokrit..ini diri aku yang sebenarnya Bak kata Adam dalam cerita Nur Kasih.. "Kita memang tak boleh jadi orang lain..tapi kita boleh jadi orang yang lebih baik" Bila orang tegur...itulah kadang-kadang jawapan yang terkeluar dari mulut kita (kita...termasuk SAYA!) Ada lagi banyak alasan lain kot...Beribu alasan, kadang-kadang cuma untuk menutup kesalahan sendiri. Kita tahu apa yang kita buat tu salah...tapi entah kenapa susahnya hati nak mengakui..apatah lagi nak berubah. Kenapa...egokah kita? Tapi pada siapa? =( Posted 12/03/2013 bipsvirus vs tashasaad

    Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?


    Cuba Dapatkan Ex-Bf Anda Semula?


    10 Perkara JANGAN anda buat!

    Adakah anda sedang berusaha untuk mendapatkan semula“boyfriend”anda?Betul…bukan senang nak dapatkan kembali ex-bf!
    Walau demikian,cukup ke persiapan anda untuk menawan hatinya kembali?Memujuk dan mendapatkan kembali teman lelaki adalah dua perkara yang amat berbeza.Kebanyakan wanita(hampir semua sebenarnya) membuat langkah awal yang salah!

    Okay,baca dan fahamkan:

    1) JANGAN bergaduh dengan dia.Selalunya dengan ex-bf ni,bila anda bercerita dengannya,asyik bergaduh saja.Bergaduh hanya mencipta ketegangan dan membunuh keinginan.Bergaduh dengan ex-bf anda amatlah tak berguna.Walau pun anda menang bila bergaduh mulut,kena tinggal tetap jugak kena tinggal!

    2) JANGAN cuba menggunakan logic untuk meyakinkan dia untuk teruskan perhubungan atau kembali kepada anda.Ingat ya,cinta itu berlandaskan perasaan,bukan logic!Macamana betul,teguh,meyakinkan,bijak dan segala yang sewaktu dengannya pun logic anda itu..anda tetap jugak kena tinggal!So..logic,jangan guna.

    3) JANGAN yakinkan/cuba meyakinkan ex-bf anda itu bahawa anda telah “berubah” atau “mulai sekarang..keadaan pasti berubah”.Benda macam ni seolah-olah macam timba air keluar dari perahu bocor.Tak berjaya punya…perahu tetap jugak bocor.

    4) JANGAN asyik cakap yang anda cintakan dia.Dia TAK peduli pun!Apa yang dia peduli,berapa banyak yang dia cinta pada anda..bukan berapa banyak anda cinta pada dia!

    5) JANGAN merayu!Ya…jangan merayu.Saya tekankan ini sebab 98% perempuan akan merayu supaya ex-bf kembali padanya(lelaki pun ramai jugak merayu supaya ex-gf dia kembali kat dia sebenarnya).Lagi banyak,lagi kerap anda merayu…lagi jauh la dia tinggalkan anda!

    6) JANGAN cuba buat dia rasa bersalah bila tinggalkan anda.Sebagai contoh la ya..“Saya tak boleh hidup tanpa awak…”, “Jangan la tinggalkan saya/break dengan saya sekarang,exam dah dekat ni..”Cubaan dan ayat-ayat yang macam ni takkan berjaya,lagi cepat dia tinggalkan tu adalah…atau pun,dia buat tak tau je..

    7) JANGAN berlakon sedih supaya dia rasa bersalah.Simpati dan kasihan tu TAKKAN sama dengan “tertarik” dan “keinginan” untuk kembali kepada anda.

    8) JANGAN bercakap dengan kawan-kawannya dengan tujuan untuk mendapatkan sokongan kawan-kawannya.Walau pun kawan-kawannya sokong anda,cuba nasihatkan dia dan buat “plan” supaya dia kembali kepada anda dan berjaya…selalunya tak lama!Sebabnya dia mesti kembali bersama anda atas keinginan hatinya yang ikhlas dengan sendiri tanpa dipengaruhi oleh faktor luaran yang seperti ini contohnya.

    9) JANGAN menangis di hadapannya!(Ramai sungguh buat macam ni!)Okay…menangis la macamana pun…mungkin dia akan merangkul anda dengan mesra dan memujuk anda…tapi kemudian anda tetap juga kena tinggal dan dia akan pergi berpasangan dengan orang lain.Menangis terlalu banyak depan dia ke…dalam telefon bila bercakap dengan dia ke…itu semua hanya akan menunjukkan kepada dia bahawa dia berkuasa ke atas anda jadi…jangan buat!

    10) JANGAN desak dia supaya kembali kepada anda!Lagi anda desak,lagi anda cuba tarik dia…lagi jauh dia daripada anda.

    Semua perkara di atas adalah kesilapan biasa yang kerap dan ramai wanita buat semasa “break-up”.Buat perkara di atas ni walaupun satu jer…cerah peluang ditinggalkan terus oleh bf!Mungkin ramai yang dah alami perkara ni.Jadi nak buat macamana ya?Itu lain kali saya terangkan dalam artikel lain…sabar je la..

    bipsvirus vs tashasaad

    Ex-Bf Nak "Rujuk" Semula!Patut Ke Anda Bagi Peluang?


    Ex-Bf Nak "Rujuk" Semula!Patut Ke Anda Bagi Peluang?

    Anda dah “fed-up”!Hidup dengan dia amat menyeksakan.Anda di kongkong,perasaan anda tidak diambil berat,seolah-olah anda rasa disayangi,dilayan dengan baik dan manja hanya bila diperlukan.Dipendekkan cerita,akhirnya anda putuskan perhubungan anda.Cukup!Sampai di sini saja.Keputusan anda muktamad tetapi…

    Dengan cukup sadis,ex-bf anda yang sebelum ini seorang yang cukup ego,garang kononnya,macho dan mengambil mudah perasaan anda,merayu…menangis sambil berkata, “Ampunkan abang…tolonglah sayang,abang akan buat apa saja,kembalilah”…dengan suara yang sebak dan terketar,air matanya berderai laju.

    Tindakannya membuat anda sebagai wanita yang lembut hati dan penyayang amat menyentuh jiwa.

    Anda terfikir:

    Betul ke ni?

    Boleh percaya ke?

    Jauh di sudut hati….

    Anda masih sayang padanya..

    Jadi,adakah betul kali ini ex-bf anda tu betul-betul maksudkan apa yang dia ucapkan tu?Macamana anda nak tau dan pastikan?

    Ingat 5 perkara ini di fikiran anda.

    1) Anda TIDAK perlu beri dia peluang sekali lagi!Inilah dia perkara yang pertama sekali yang perlu ada dalam fikiran anda.Fikir macam ni akan mengurangkan anda berfikir dengan banyak dan pastinya juga mengelakkan banyak lagi perbincangan dengan dia.Selain itu,anda akan tenang dan ini membantu anda membuat keputusan yang bijak kemudian hari.

    2) Kalau dia jujur,dia pasti akan tunaikan janjinya.Sebagai contoh,kalau dia kata dia takkan tengking anda lagi,dia akan berhenti buat macam tu.Kalau anda suruh dia pergi “therapy” sebab dia ni “alcoholic” ke..atau sebab nak buang sifat panas barannya yang anda dah tak tahan tu,tanpa banyak soal dia akan pergi.

    3) Dia takkan mendesak anda.Tak siapa pun suka didesak apatah lagi dalam keadaan anda.Untuk mendapatkan anda semula,dia perlu dan mesti berikan anda masa dan ruang.Sikap macam ni dari dia adalah di antara ukuran yang cukup penting untuk anda lihat kejujuran,kematangan dia dan adakah dia dapat kawal perasaannya yang jika tidak pasti membuat anda lebih jauh darinya.Anda perlu faham,orang yang jenis “manipulative” atau yang jenis cuba “ingin menguasai” takkan bagi masa yang anda perlukan untuk anda buat keputusan yang baik untuk ANDA.Orang yang “manipulative” hanya mahu keputusan yang baik untuk dia sahaja.

    4) Anda lihat dia akan jadi pendengar yang baik.Sikap dia akan merendah diri,tak la macam sebelum ni,ego semacam,apa anda cakap dia buat selamba…buat tak dengar jer..macam cakap dengan tunggul.Ikut naluri anda,pasti anda perasan kalau dia berlakon buat macam tu.

    Lagi satu,sikap jujur dia tu mesti diambil kira bila anda kata “tidak” dan dia akan faham dan terima.Dia juga akan faham kalau anda letakkan sempadan dalam perkara tertentu terhadapnya sebagai contoh anda kata, “Saya tak nak awak telefon saya seminggu,saya nak tenangkan fikiran”,tanpa banyak soal dia akan dengar dan ikut.Sekiranya perkara-perkara seperti ini dia tak dapat buat,apa pun alasannya,dia tetap belum berubah dan jujur dalam janjinya.

    5) Perubahan 90%-100% pada sikap buruknya.Kalau dia betul berubah…dalam jangkamasa tertentu,anda boleh lihat perubahan pada dirinya.Segala apa yang anda tak suka tentang perangai dan sikap buruknya dulu,dah hamper takde atau tak mustahil..dah takde terus!

    Ingat!Letakkan masa untuk tengok dia berubah dan kotakan janjinya.Tapi berapa lama ya?okay….tidak kurang dari 3 bulan.Ya,tak kurang dari 3 bulan!Sebabnya kalau dia betul jujur dia akan tunggu anda berapa lama pun masa yang anda tetapkan dan sanggup hadapi risiko untuk tidak diterima oleh anda tanpa banyak soal disebabkan kesedarannya yang dia ni dah buat salah.Kalau sekiranya dia berlakon je selama ni..anda pasti dapat lihat,rasa dan tau bahawa selama ini janjinya itu hanya lakonan.Orang yang berlakon dalam hal macam ni jarang dapat bertahan selama itu untuk mengaburi lakonan mereka.

    Apa yang anda minta dia buat sebenarnya bukanlah banyak mana pun.Anda hanya ingin dia tunjukkan yang terbaik untuk anda,buka semula harapan dalam perhubungan dan yang penting kembalikan kepercayaan anda padanya.Apa saja yang dia lakukan dalam tempoh yang anda sendiri kawal ini,memberi diri anda masa dan alasan kukuh untuk terima dia atau pun tidak.

    Dalam masa yang sama,berhati-hati dalam membuat keputusan.Ada juga yang inginkan peluang sekali lagi dan kemudian akan mengunci hati anda dengan sikap jujurnya yang mengaburi hati anda bahawa dia sudah berubah.Orang seperti ini akan berusaha mendapatkan anda kembali tanpa anda ketahui dia tidak jujur.

    Jadi,untuk mengelakkan anda kecewa dalam perhubungan cinta yang menyusahkan anda,keputusan perlu dibuat dengan mengambil kira banyak perkara.

    Selalunya hati kecil anda akan lebih tau dan kenal sama ada dia berlaku jujur atau tidak dan patutkah anda kembali padanya walaupun dia telah berubah dan melakukan segalanya.

    Ingat!Jauh disudut perasaan anda adalah hati kecil yang kenal dirinya,gunakan perasaan ini dengan bijak untuk keputusan terakhir.

    bipsvirus vs tashasaad


    3 Kesilapan BESAR Selepas Putus Cinta dan Macamana Nak Buat?

    Okay….sekarang tetiba je anda dah sedar…anda kembali “single”!

    Jadi..apa nak buat ya..

    Amaran: Jangan menyusahkan hidup anda dengan ber“dating” terlalu awal selepas putus cinta.Berapa awal ‘terlalu awal’ tu?Bergantung kepada keadaan semasa putusnya perhubungan anda.

    Apa sekali pun: Enam bulan atau lebih.

    “Atau lebih”? Ya! Enam bulan atau lebih!

    Kalau jari kita terluka,perlu masa untuk baik.Kalau luka itu dalam perlu lebih lagi masa untuk sembuh.Untuk pulih sepenuhnya dari putus cinta sama sahaja,perlukan masa.

    Kesilapan terbesar yang dilakukan oleh anda selepas putus cinta dan bergelar “single” ialah melibatkan diri dengan seseorang yang lain SEBELUM luka lama anda sembuh.

    Dua lagi kesilapan yang berkaitan termasuklah anda tidak mengambil sepenuh tanggungjawab “bersama” atas perkara yang menjadi sebab putusnya hubungan anda dan anda tidak pastikan isu itu selesai sebelum anda mulakan hubungan yang lain.

    Melakukan perkara yang sama berulang-kali dengan mengharapkan keputusan yang berbeza adalah tindakan tidak waras.Sedar bahawa hati anda perlu pulih tetapi tidak berbuat apa-apa takkan membantu anda bersedia untuk perhubungan seterusnya malah hanya memanjangkan lagi penderitaan.

    Jadi macamana nak elakkan kesilapan yang sama berlaku? Hidup “solo” untuk beberapa waktu!

    Perlu anda faham,sebelum anda melibatkan diri dan berjaya mendapat cinta dan perhubungan yang sejati serta sihat,pertama sekali anda perlu melibatkan diri anda dengan “diri” dan perasaan anda sendiri.

    Dalam menilai diri sendiri,toloooooonngglah berlaku jujur..

    Lihat diri anda dengan ikhlas tentang apa yang mungkin telah anda buat dan lakukan sama ada sengaja,perasan atau tidak yang boleh menyumbang terhadap gagalnya cinta anda yang lepas.Anda mesti berjanji untuk buat perubahan dalam diri anda SEBELUM terlibat dalam perhubungan cinta seterusnya.

    Sekarang adalah masanya untuk anda menjadi lebih matang.Sebagai seorang yang telah kembali “solo”,anda seharusnya menggunakan masa ini untuk melihat dan mengkaji sikap anda dahulu,apa yang telah anda lakukan semasa bercinta dan juga apa yang anda tak suka dengan sikap bekas kekasih anda.Kalau boleh,buat satu ‘resume romantik’ yang akan anda tuliskan sikap positif dan romantik bekas kekasih dan apakah sikap dan ciri lain yang anda inginkan dalam diri kekasih anda yang akan datang.

    Ini adalah masanya untuk anda menimba pengalaman berdiri atas kaki sendiri.Belajar jadi matang dan berdikari.Ingat…anda mesti belajar untuk berdiri dengan sendiri dahulu sebelum anda boleh berdiri bersama!

    Bukanlah maksudnya nak berkawan dengan gender yang sama saja,dating pun tak boleh,boleh…tapi bila ber’dating’ tu,anda MESTI menahan keinginan untuk melibatkan diri dalam satu perhubungan yang lebih intim terlalu awal.Jangan la baru ‘dating’ dengan seorang saja dah mula nak bercinta,nak lebih intim.Berkawan ramai sikit,’dating’ lebih dari seorang,tak salah sebab itu atas dasar berkawan.Pastikan jangan la pulak terlibat dalam masalah sosial sebab terlebih berkawan ya!Kawal diri,perasaan dan sedar batasan anda.Tujuan anda hanya untuk berkawan,itu saja.

    Anda tak perlu melibatkan diri dalam perhubungan baru secepat mungkin selepas putus cinta dengan harapan ia akan dapat mengubat hati yang lara.Itu adalah tindakan yang TIDAK bijak!Katakan kalau kita demam la ya,doktor akan menasihatkan kita supaya berehat 1-3 hari bergantung kepada betapa serius demam kita,beri cuti sakit bukan nasihatkan kita terus berkerja.Ini tindakan BIJAK.Jadi jangan terlalu cepat ok!

    Perhubungan yang terputus,memedihkan dan amat melukakan perlukan masa untuk sembuh.Maksud saya adalah perhubungan yang memedihkan dan melukakan dengan diri anda.Anda perlu faham,sebelum anda pulih dan sembuh sepenuhnya,ada beberapa masalah yang perlu dibaiki dan diselesaikan dulu.

    Selalunya tindakan kita tidak bermatlamat.Kita salahkan bekas kekasih,mak mertua,adik-beradik ipar,saudara mara,kawan-kawan dia atau kita,sesiapa saja silap-silap ayam,kucing,kambing pun kita salahkan kecuali… “penyangak” yang sebenar!

    Kalau nak tau apa masalah dalam perhubungan yang lepas,senang je…pergi tengok cermin.Dah nampak?Ya,andalah masalahnya!
    Beranilah melihat jauh ke dalam diri dan bebaskan diri anda daripada menunding jari dan menyalahkan pihak lain.Masanya telah tiba untuk memikul tanggungjawab dan sedar siapa anda,apa yang telah anda buat,bagaimana cara anda berfikir,cukupkah ilmu tentang pengurusan cinta dan perhubungan,dengan siapa anda ber’dating’ dan macam-macam lagi.

    Perhubungan yang paling penting untuk anda sekarang ialah perhubungan dengan diri anda!Ini adalah misi utama anda.Bina semula hubungan dengan diri anda.Betulkan segala kesilapan dan sikap negative anda.Langkah pertama ini amat penting sebelum anda menjadi diri anda yang baru dalam hubungan sihat dan bahagia selepas ini.Selain itu,pada masa yang ada ini,luangkan masa berusaha menyediakan diri anda untuk cinta yang akan anda kongsi bersama insan lain di masa hadapan.

    Masalah kalau anda cepat sangat menjalinkan hubungan baru,diri anda tidak ada “tempoh bertenang” untuk berfikir dan membuat pilihan serta membetulkan semula sikap negative anda.

    Cipta perhubungan baru dengan diri anda!Ketahui dengan sebenarnya siapa anda.Ambil masa,jangan gopoh.Bila sampai satu ketika anda pasti tau dan sedar apa kesilapan anda dan terima dengan hati terbuka.Kemudian buat sesuatu yang lain!Ubah sikap negative.Bila dah terima hakikat bahawa anda juga bersalah dan ada sumbangan kepada putusnya perhubungan anda,luka di hati akan mula sembuh.

    Bila anda sedar dan buat keputusan kesilapan itu tidak akan anda ulangi lagi,anda akan rasa lebih baik,lega dan hati akan mula tenang.Akan sampai masa anda toleh ke belakang dan berkata, “Macamana aku boleh bertindak dan berfikir macam tu”.Anda juga akan rasa perasaan sedih dan luka yang amat sangat itu tak patut anda biarkan berlaku pada diri anda.Anda akan toleh kenangan cinta lepas dengan kecewa disebabkan sikap negative anda.Dalam masa yang sama,anda pasti bangga kerana anda telah sedar dan tau,anda takkan biarkan ia berulang lagi.

    Separuh dari proses nak pulih dari kepedihan anda sekarang adalah dengan mengakui dan sedar bahawa ada di antara masalah yang telah berlaku,anda juga bertanggungjawab.Tau macam tu je tak cukup.BUAT dan lakukan adalah hal yang lain pulak!

    Sekarang adalah masa untuk BERHENTI menyalahkan orang lain atas keperitan yang anda sendiri juga cipta untuk diri anda.Sekarang adalah masa untuk memaafkan supaya luka dan keperitan ini akan cepat sembuh.Pilihan di tangan anda.

    Luka tidak akan sembuh sehingga anda membenarkan diri untuk memaafkan.

    Walau apa pun,yang pentingnya berapa lama anda nak tanggung perasaan yang macam ni?

    Kalau anda masih juga kata bahawa bekas kekasih anda TETAP yang menjadi sebab putusnya cinta anda dan buat anda derita,kecewa macam ni,saya rasa anda masih tak faham lagi apa yang nak saya sampaikan.Ini adalah masa untuk lepaskan semua perasaan benci tu dan focus untuk menerima tanggungjawab atas pilihan yang ada sekarang.Menyalahkan orang dan pihak lain akan hanya dan sentiasa buat anda tetap berada di tempat anda sekarang serta kekal begini berterusan.

    Disiplin diperlukan untuk buat ini semua.Boleh buat ke?Kena faham ya,penderitaan anda ini hanyalah sementara.Derita putusnya cinta BOLEH sembuh.Anda boleh!

    Anda akan lakukan bila anda sedar menjadi diri anda yang ceria seperti dulu dan menjadi kuat adalah lebih bermakna dari terus “melekat” dengan kenangan silam dan perasaan benci yang tentu sekali tak mendatangkan hasil.


    Anda tak perlukan kekuatan untuk melepaskan…hanya keberanian.


    Mulakan sekarang!


    bipsvirus vs tashasaad